PETALING JAYA – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sabah Development Bank Berhad (SDB) untuk menawarkan pelbagai pakej pembiayaan serta program pembangunan usahawan bernilai RM150 juta.
Antara inisiatif yang terkandung dalam MoU tersebut adalah penyediaan Pakej Pembiayaan dengan Jaminan SDB dan kemudahan pembiayaan club deal bagi projek berskala besar untuk usahawan PKS di negeri Sabah, perkongsian sumber dan kerjasama serta melaksanakan program pembangunan usahawan.
Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, kerjasama ini merupakan satu inisiatif bagi membolehkan SME Bank dan SDB menawarkan pakej lengkap kepada usahawan PKS di Sabah secara khususnya.
Menurut beliau, anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR) akan turut sama menawarkan program pembangunan keusahawanan dan keupayaan yang bersesuaian bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: