PETALING JAYA – Malaysia Airports menganjurkan kempen beli-belah terbaharu, Are You The Goldenaire sempena ulang tahun pertama platfrom e-dagangnya, shopMYairports.
Kempen yang berlangsung bermula semalam sehingga 28 September 2022 itu memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah utama berupa bar emas seberat 200 gram dan hadiah bulanan wafer emas seberat 2.5 gram.
Bagi orang ramai yang mahu menyertai kempen tersebut, mereka hanya perlu membeli baucar beli-belah Goldenaire bernilai RM10 dan membelanjakannya di shopMYairports.
Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin berkata, sejak pelancaran pada September 2020, shopMYairports telah mencapai purata pertumbuhan jualan sebanyak 50 peratus bulan-ke-bulan serta menarik lebih daripada dua juta page view.

“Siri promosi online pada tahun lalu telah menyumbang jualan menggalakkan, terutamanya pada Boxing Day yang berjaya mencipta purata jualan harian 58 kali lebih tinggi dan purata…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: