Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

AEON sediakan lot niaga untuk IKS 

today8 September 2021

Background


PUTRAJAYA – Syarikat peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. (AEON) menawarkan lot niaga bagi usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) [email protected] bermula pertengahan Ogos hingga hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin berkata, mekanisma lain yang akan dilaksanakan sempena KBBM [email protected] adalah promosi melalui media sosial seperti FB Live dan diskaun istimewa sempena musim perayaan.

Menurutnya, kesemua cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh negara terlibat dengan KBBM [email protected] yang menawarkan pelbagai produk menarik dengan harga berpatutan.

“AEON juga akan menggunakan platform digitalnya bagi mempromosikan barangan tempatan.

“AEON sentiasa mempromosikan barangan buatan Malaysia melalui mekanisme-mekanisme yang ditawarkan untuk memastikan kempen ini dapat memberikan impak besar kepada sektor peruncitan tempatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis kempen KBBM

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SUBKHI SUDARJI


Previous post

Ekonomi

Program Bank Makanan Sunway bantu lebih 2,100 keluarga

PETALING JAYA –  Kumpulan Sunway melalui program Bank Makanan #SunwayforGood Food bakal mengagihkan sumbangan makanan kepada lebih 2,100 keluarga daripada golongan B40 di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Johor sepanjang tempoh sekarang sehingga Hari Malaysia. Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway, Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim berkata, program tersebut dijayakan melalui peruntukan dana pengiklanan untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada  tahun ini. Menurutnya,  menerusi inisiatif Bank […]

today8 September 2021