Kajian terbaharu dari saintis AS mendapati bahawa mereka yang tidak mengambil vaksin COVID-19 akan terdedah kepada risiko kematian dan dimasukkan ke unit kecemasan hospital. Kajian ini melibatkan 600,000 kes COVID-19 di 13 negeri sekitar AS dari April hingga pertengahan Julai.
Ketika varian delta semakin menyebar jauh ke seluruh dunia, para saintis mendapati bahawa mereka yang tidak mengambil vaksin lebih terdedah kepada wabak COVID-19 berbanding mereka yang diberi vaksin. Manakala risiko untuk masuk ke hospital dan risiko terdedah kepada kematian juga tinggi, lapor CNBC yang memetik kajian dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
“Vaksinasi berjaya,” kata Dr. Rochelle Walensky, pengarah CDC. “Kami mempunyai alat saintifik yang kami perlukan untuk mengelak wabak ini, “katanya semasa taklimat Rumah Putih baru-baru ini.
Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan AP News, data sebelum ini telah menunjukkan bahawa perlindungan terhadap jangkitan coronavirus semakin…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: