Menerusi video yang dimuat naik oleh @emy_basri19, kelihatan dia dan isterinya sedang berehat di bilik sebaik saja mereka selesai acara majlis persandingan.
Namun, tiba-tiba mereka terdengar bunyi jam berbunyi tepat pada pukul tiga petang. Apabila dicari, rupa-rupanya bunyi tersebut datang daripada salah satu hadiah kahwin mereka.
Pengantin lelaki itu gigih membuka kotak hadiah yang dibalut dengan ketat sambil dirakam oleh isterinya.
Apa yang mengejutkan dan membuatkan mereka berdua ketawa adalah rupa-rupanya hadiah di dalam kotak tersebut adalah jam loceng, air tin Redbull dan Kacip Fatimah. Malah, terdapat juga sepasang kasut bayi.
Menurut pengantin lelaki, mungkin kawan mereka tersilap set alarm di jam tersebut yang sepatutnya akan berbunyi pada pukul tiga pagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: