Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

4 Anggota Polis Berhibur Dan Positif Dadah Ditukar Bahagian

today19 September 2021

Background


4 anggota polis yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Klang Selangor 11 September lalu telah ditukarkan bertugas di bahagian lain.

Menurut ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini adalah prosedur biasa. “Mereka ini automatik telah ditukarkan tugas selain tindakan tatatertib. Tindakan lain seperti kesalahan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) iaitu kompaun sudah dikenakan.

Pihaknya juga sedang menunggu laporan penuh siasatan kes berkaitan penyalahgunaan dadah membabitkan mereka.

“Anggota terbabit turut dikenakan tindakan tatatertib selain kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah, kita akan ambil tindakan selepas menerima keputusan laporan daripada pakar,” katanya pada Harian Metro.

Pada 12 September lalu, Harian Metro melaporkan, empat anggota polis yang bertugas di Selangor antara 35 individu ditahan pada serbuan di sebuah pusat hiburan di Klang.

Pengarah Jabatan Integriti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post