Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Servis ShopeeFood bermula Jumaat ini

today22 September 2021

Background


PETALING JAYA – Platform e-dagang Shopee meluaskan penawaran perkhidmatannya dengan menambah servis penghantaran makanan, ShopeeFood yang boleh diakses di halaman utama aplikasi Shopee.

Kemudahan baharu yang bakal dilancarkan secara berperingkat itu akan tersedia buat lebih lapan juta penduduk di Lembah Klang bermula 24 September.

Ia akan menyediakan akses kepada pelbagai menu daripada jenama popular seperti A&W, Burger King, Nando’s, Starbucks dan Tealive, selain gerai tempatan.

Ketua Pegawai Operasi di Shopee Terence Pang berkata, pihaknya berbesar hati untuk menambah servis penghantaran makanan sebagai sebahagian daripada pengalaman di Shopee.

“Perkhidmatan baharu ini membolehkan peniaga makanan dan minuman untuk berpindah ke atas talian bagi menjangkau lebih ramai pe­langgan, sekali gus memacu pertumbuhan jangka panjang golongan ini.

“Syarikat berharap pengguna dan rakan niaga kami akan menikmati servis ini dan Sho­pee akan terus menaik taraf platform serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

Premium outlet bakal dibuka di Langkawi

PETALING JAYA – BDBMBI Langkawi Ventures Sdn Bhd (BDBMBI), syarikat usaha sama di antara Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bakal membangunkan sebuah projek pembangunan komersial bersepadu di Langkawi. Projek yang terletak di kawasan seluas 16.39 hektar di Padang Matsirat itu akan turut melibatkan pembangunan Premium Outlet, lot perniagaan, makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi kepada pelancong dan juga masyarakat […]

today22 September 2021