Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peminat Teruja Samping Songket Muncul Dalam Gambar Promosi Ultraman Ribut

today26 September 2021

Background


Ultraman Ribut yang pertama kali muncul dalam siri Upin & Ipin kini semakin popular dalam kalangan peminat Ultraman.

Namun apa yang menarik berdasarkan perkongsian ahli Ultraman Maniac di Facebook, Ultraman Ribut akan muncul dalam bentuk ‘human form’ dalam siri Ultraman Trigger sekitar bulan November nanti. Ultraman Trigger: New Generation Tiga merupakan karya terkini daripada Tsuburaya Productions bagi menyambut ulang tahun Ultraman Tiga yang ke-25.


Gambar tersebut adalah dari keratan majalah Televi-Kun October 2021 dan ini adalah penampilan rasmi human form Ultraman Ribut yang akan dilakonkan pelakon Jepun, Tsuchiya Shinba.

Apa yang menarik perhatian peminat Ultraman di nusantara adalah penggunaan samping songket untuk gambar promosi pertama Ultraman Ribut dalam majalah tersebut. Ia tidaklah dipadankan sepenuhnya dengan persalinan baju Melayu tetapi digayakan secara fusion dengan vest dan baju lengan panjang berwarna putih.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Azam A


Previous post

Nasional

Transgender perlu ubah penampilan masuk masjid

GEORGE TOWN: Golongan ‘mukhannath’ atau transgender perlu menukar penampilan diri mereka jika mahu berada di masjid atau surau supaya tidak kelihatan ganjil atau berbeza, malah mengelak rasa tidak senang dalam kalangan majoriti jemaah lain.

today26 September 2021