Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) hari ini telah mengsytiharkan taubat menerusi majlis pengisytiharan Istitabah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Majlis yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Harian Metro itu dilangsungkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sittah Annur, berumur 39, atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar sebelum ini menggemparkan seluruh Malaysia apabila ditahan berhubung penglibatannya dalam ajaran sesat PMYT. Dia juga sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media. Bagaimanapun suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman terhadapnya tamat.
Pada majlis pengisytiharan Istitabah, Masitah menyatakan bahawa pengisytiharan ini dilakukan dengan rela hati dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak. Dia turut mengakui bahawa beberapa kenyataannya telah menyeleweng…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: