Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MR D.I.Y. sumbang RM300 kepada 15,000 penuntut UM

today29 September 2021

Background


PETALING JAYA – MR D.I.Y. akan menyumbang RM300 kepada hampir 15,000 penuntut Universiti Malaya (UM) menerusi program #DIY4UM de­ngan usaha sama Touch ‘n Go yang melibatkan bantuan tunai RM4.5 juta.

Bantuan tunai itu akan diberikan melalui Touch ‘n Go eWallet dalam tiga kali bayaran iaitu sebanyak RM100 pada 1 dan 30 November diikuti 30 ­Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Adrian Ong berkata, program tersebut bertujuan membantu penuntut membuat persiapan untuk kembali ke kampus.

“Pelajar akan dapat mempersiapkan diri dengan bara­ngan keperluan pembelajaran serta peralatan perlindungan Covid-19.

“Mereka juga boleh mendapatkan pelbagai barangan alat tulis di cawangan MR D.I.Y. serta platform online dengan menggunakan kredit tunai yang diberikan.

“Kami percaya amat pen­ting untuk kita memastikan golongan ini dibekalkan dengan barangan keperluan dan perlin­dungan diri mencukupi supaya mereka kekal selamat memberi tumpuan kepada pengajian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Real terkedu dikejutkan Sheriff

Madrid: Sheriff Tiraspol melakar salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila menewaskan Real Madrid 2-1 di Santiago Bernabeu hari ini dengan Sebastien Thill menjaringkan gol kemenangan minit ke-89.

today29 September 2021