Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MR D.I.Y. buka 35 cawangan baharu

today1 October 2021

Background


PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah kegemaran ramai, MR D.I.Y. Group bakal melancarkan 35 cawangan baharu di tujuh negeri bulan ini, menjadikan jumlah keseluruhan cawangan milik kumpulan tersebut seba­nyak 830 buah di seluruh negara.

Cawangan baharu itu terdiri daripada 14 cawangan MR. D.I.Y., tiga cawangan MR. D.I.Y. Express, enam cawangan MR. TOY dan 12 cawangan MR. DOLLAR.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Andy Chin berkata, pihaknya komited untuk memenuhi janji Always Low Prices di lokasi-lokasi strategik untuk kemudahan lebih ramai rakyat Malaysia.

“Kami sedar corak pembe­lian telah berubah, pengguna kini memilih untuk pergi ke kedai yang berhampiran dengan mereka dan mahukan kedai yang memenuhi keperluan mereka untuk pelbagai jenis produk.

“Trend ini sesuai dengan penawaran kami memandangkan MR D.I.Y. mempunyai 830 buah cawangan dan hampir 20,000 jenis produk, manakala cawangan baharu ini akan membolehkan lebih ramai pelanggan memperoleh akses…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post