Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata seramai 32,000 buruh asing dari Indonesia dan Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia bagi menampung keperluan tenaga kerja di ladang-ladang sawit di seluruh negara.
Memetik laporan Sinar Harian, kehadiran buruh asing yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 ini selari dengan sasaran realistik KPPK untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) dalam tempoh 100 hari seperti yang ditetapkan oleh Perdana Menteri.
Buruh asing yang bertanggungjawab menuai buah kelapa sawit ini akan membantu KPPK dalam mencapai sasaran pencapaian pengeksportan komoditi berjumlah RM180 billion, di mana sekarang angka itu sudah pun mencapai lebih RM160 bilion.
“Nilai eksport perlu ditingkatkan dan pekerja ladang dari luar negara boleh diambil bekerja sebagai penuai ladang sawit kerana rakyat Malaysia sendiri masih belum bersedia menjalankan pekerjaan itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: