Menerusi video yang dimuat naik oleh @sug4rcand3 dengan kapsyen “Alhamdulillah, done holiday dengan bestie”, kelihatan dia berkongsi beberapa keping gambar percutiannya bersama kawan-kawan.
Apa yang menghiburkan adalah, rupa-rupanya kesemua gambar tersebut sebenarnya hanyalah suntingan semata-mata dan dia menggunakan background picture yang dimuat naik melalui aplikasi Pinterest.
Paling melucukan, gambar terakhir pula menunjukkan gadis itu selamba duduk di atas penyu dalam laut sambil memakai baju dan skirt saja. Perkara itu membuatkan ramai tersedar yang semua gambar itu telah disunting.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: