Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

CORE Residence dapat sambutan daripada pelabur asing

today6 October 2021

Background


PETALING JAYA – Projek pembangunan hartanah mewah milik CORE Precious Development Sdn. Bhd. (CORE Precious) iaitu, CORE Residence @ TRX telah mencapai kadar langganan 70 peratus untuk Tower 1 dan 2.
CORE Precious adalah syarikat usaha sama antara China Communications Construction Group (CCCG) dengan WCT Hol­dings Berhad.

Pengarah CCCG Overseas Real Estate Pte Ltd., Zhang Bao ber­kata, sambutan baik daripada pembeli hartanah adalah baik meskipun negara berdepan dengan beberapa kekangan dan sekatan ekonomi ekoran kesan pandemik yang berlanjutan.

“Sejumlah besar jualan telah dicatat dalam tempoh bebe­rapa bulan terakhir berkat usaha pemasaran digital yang agresif seperti ejen penstriman secara langsung, lawatan rumah secara maya serta kempen media sosial yang kreatif.

“Unit kediaman di CORE Residence @ TRX telah dilanggan terutamanya oleh pelanggan dari 20 lebih negara dan wilayah Asia,” katanya dalam satu kenyataan.

Bersandarkan kepada sambutan baik itu, syarikat bercadang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Kadar sewa kediaman terus merosot

PETALING JAYA – Kadar sewa kediaman di empat pasaran utama di Malaysia terus merekodkan kemerosotan terutamanya melibatkan kondominium dan apartmen perkhidmatan, berdasarkan Laporan Analitik Permintaan Portal Separuh Tahun Pertama (H1) 2021 (Pasaran Sewaan Kediaman) oleh platform hartanah, iProperty. Pengurus Besar Penyele­saian Data Pelanggan & Kualiti iPro­perty.com.my, Premendran Pathmanathan berkata, permintaan harga sewa median bagi kediaman di Kuala Lumpur didapati merosot 13 peratus kepada RM2,000 sebulan bagi tempoh tersebut berbanding tahun […]

today6 October 2021