Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya

today8 October 2021

Background


Segelintir pemandu Malaysia mempunyai pelbagai ragam yang membuatkan pengguna jalan raya lain terpaksa bertolak-ansur bagi memastikan kelancaran perjalanan semua pihak.

Terbaharu, pengguna media sosial sedang berbual mengenai satu video yang tular di mana sebuah Myvi bergerak pada kelajuan 10km/j sahaja di satu jalan yang kosong.

Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️

Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️

Sumber Gambar: Facebook Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️

Di dalam video tersebut kedengaran pemandu lori tersebut mengomel kerana tidak dapat menahan sabar dengan kereta Myvi putih yang bergerak sangat perlahan sehingga mengganggu perjalannya.

Perbuatan pemandu Myvi tersebut telah membuat orang ramai tertanya-tanya, apakah yang terjadi kepada pemandu serta kereta tersebut.

Ada yang memberi tanggapan bahawa pemandu tersebut mengalami sakit atau kereta Myvi tersebut mengalami kerosakkan sehingga kereta dipandu begitu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post