Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemenang Cabutan Bertuah Kecewa Pekerja Kurier Tukar Hadiah ‘Brembo’ Baharu Dengan Yang Terpakai

today14 October 2021

Background


Perkhidmatan kurier penghantar barangan diwujudkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barang dari luar kawasan tempat tinggal mereka. Namun, ada kalanya barangan tersebut hilang begitu sahaja tanpa khabar berita.

Baru-baru ini portal automotif PanduLaju telah memuat naik hantaran di Facebook mendakwa staff sebuah kurier penghantar barangan telah membuka kotak hadiah pemenang cabutan bertuah mereka dan mengambil barangan di dalamnya.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila si pelaku bukan sahaja mengambil hadiah di dalamnya, bahkan dia telah menukar pad brek jenama Brembo baharu kepada pad brek terpakai sebelum melekatkan semula kotak hadiah terbabit.

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai yang sudah lama cukup ‘geram’ dengan syarikat kurier penghantar barangan tersebut di mana seperti tiada tindakan susulan dibuat setelah orang ramai membuat laporan kepada pihak mereka.

Majoriti mahukan syarikat tersebut bertanggungjawab serta membayar ganti rugi yang dialami…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post