Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Beg terpakai dapat permintaan – Kosmo Digital

today18 October 2021

Background


IPOH – Memiliki beg tangan berjenama mewah semestinya memberi satu kepuasan kepada si pemakainya selain menjadi lambang serta prestij diri.

Tidak semestinya yang mewah itu mahal, ada alternatif lain yang lebih mampu milik iaitu dengan mendapatkannya menerusi barangan milik persendirian yang dijual secara terus atau istilah popularnya, preloved.

Membeli barangan preloved sudah tentu menguntungkan sekiranya aspek harga menjadi faktor utama.

Dengan membeli barangan preloved, pengguna dapat memiliki barangan asli berjenama ter­kenal yang kebanyakannya dijaga dengan baik atau hanya digunakan beberapa kali oleh pemilik asal.

Sebab itulah butik Ipoh Luxu­ry Branded Store (ILBS) yang terletak di Jalan Lebuh Medan Ipoh 7, Bandar Baru Medan, Ipoh dikatakan umpama syurga beg tangan wanita berjenama yang mampu memenuhi keinginan naluri dan cita rasa pencintanya.

Enam jenama beg preloved terkemuka yang dijual di sini adalah Louis Vuitton (LV), Gucci, Hermes, Chanel, Prada dan YSL.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: ZAKI SALLEH


Previous post