Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Jennifer Gates, anak perempuan pengasas Microsoft, Bill Gates, akhirnya menikah dengan teman lelakinya, Nayel Nassar. Majlis resepsi diadakan pada hari Sabtu lalu di rumahnya, di Westchester, New York, Amerika Syarikat. Menurut laporan Daily Mail, perkahwinan itu berlaku dalam upacara Islam.
Faktor utama mengapa perkahwinan anak perempuan salah seorang manusia terkaya di dunia berlaku dalam upacara Islam, kerana kepercayaan yang dipegang oleh Nassar, seorang atlet berkuda dari Mesir. Tambah laporan Daily Mail itu lagi, upacara perkahwinan berlangsung pada hari Jumaat malam di taman keluarga seluas 142 hektar di North Salem, New York.
Walaupun harganya mencapai USD 2 juta atau sekitar RM8 juta, resepsi perkahwinan tidaklah berlangsung dalam majlis yang besar. Difahamkan hanya 300 orang tetamu yang dijemput. Tetamu yang hadir kebanyakannya terdiri daripada rakan dan keluarga, dengan beberapa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: