Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Gadis Ini Takut Akibat Diekori Lelaki Tak Dikenali Semasa Berbasikal

today27 October 2021

Background


Menerusi video itu, kelihatan seorang gadis sedang melakukan aktiviti berbasikal waktu malam di kawasan perumahannya. 

Gadis itu juga menceritakan kisah sebenar di halaman TikToknya. Pada awalnya, gadis itu dilihat sedang berbasikal di kawasan rumahnya selepas balik daripada kerja. Apa yang lebih mengejutkan adalah, dia perasan sesuatu yang tidak kena. 

Dia kemudian menoleh ke belakang dan perasan bahawa terdapat seorang lelaki menaiki motosikal mengikutinya. Dia dengan laju pusing ke kawasan lain, namun masih diekori oleh lelaki tersebut. 

Lelaki itu dilihat mengekorinya sehingga berhenti di sebelahnya, sifat berani gadis ini terus merekod kejadian itu dan bertanyakan apa sebab lelaki itu mengikutinya. 

Lelaki itu siap bertanyakan nama, tempat tinggal dan meminta nombornya. Dia juga dilihat menipu bahawa dia merupakan peronda kawasan. 

Tanpa berfikir panjang, gadis itu dilihat menjerit ke arah seorang uncle dan meminta tolong. 

Lihat video penuh kejadian itu di bawah: 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ellina Chan


Previous post

Nasional

Rayuan Guan Eng pindah kes diputuskan kemudian

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memindahkan kes berhubung pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu ke Mahkamah Tinggi, akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada tarikh akan ditentukan kemudian.

today27 October 2021