PETALING JAYA – PMB Investment Berhad (PMB Investment) menyasarkan saiz dana global pertamanya, PMB Shariah Global Equity Fund (PMBSGEF) bakal mencapai antara RM10 juta hingga RM15 juta menjelang akhir tahun ini.
Saiz dana yang memberi akses mudah kepada pelabur untuk membina portfolio pelaburan patuh syariah di pasaran global itu juga dijangka bertambah kepada RM25 juta hingga RM50 juta dalam tempoh tahun pertama selepas pelancarannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahani Ibrahim berkata, dana tersebut memiliki tahap toleransi risiko sederhana dan tinggi dengan menawarkan pertumbuhan modal jangka masa sederhana hingga panjang.
Ia bakal melabur di 15 buah negara pasaran utama global termasuk Amerika Syarikat, China, Arab Saudi dan Jepun serta Eropah meliputi 520 komponen saham patuh syariah.
Menurutnya, pelaburan permulaan minimum adalah RM1,000 bagi pelabur individu dan RM10,000 bagi pelabur korporat, manakala pelaburan tambahan masing-masing sebanyak RM100 dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: