PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan demi masa depan persaraan mereka.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kemudahan pengeluaran untuk i Lestari, i-Sinar dan juga i-Citra bersifat luar biasa dan ia diperkenalkan berikutan pandemik yang telah memberikan impak besar terhadap ekonomi negara.
Bagaimanapun, pengeluaran tersebut telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan ahli KWSP.
“Walaupun pengeluaran tersebut telah memberi sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat PKP, tetapi kini jumlah simpanan yang telah dikeluarkan itu telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: