Siti Sarah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan berkata, syarikatnya sudah terbukti berjaya melahirkan ribuan usahawan. Khususnya golongan wanita yang hanya berniaga dari rumah.
“Di era pandemik Covid-19 ini ramai yang bergelut untuk meneruskan survival hidup. Lalu kami mahu mengajak lebih ramai suri rumah dan sesiapa sahaja untuk bergelar Usahawan Mommy Happy. Sambil menambah ilmu, boleh menjana pendapatan dengan cara mudah.”
“Tanpa perlu modal tinggi dan berbekalkan semangat yang jitu, rajin dan komited menjual produk dan kerap mengemaskini promosi di media sosial, ejen boleh menarik ramai pembeli. Yuran kini dikenakan dengan harga puluhan ringgit sahaja.”
“Tag line atau asas kami sendiri mahu memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada kepada golongan ibu atau suri rumah dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Sekali gus, boleh menjadi Usahawan Mommy Happy yang berjaya,” ujarnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: