PETALING JAYA – Iconic Worldwide Berhad (Iconic Worldwide) melalui anak syarikat milik penuhnya Iconic Medicare Sdn. Bhd. yang terbabit dalam pembinaan fasiliti pengeluaran peralatan perlindungan diri (PPE) dan sarung tangan bakal menambah enam barisan pengeluaran menjelang akhir tahun ini.
Kilang bernilai RM200 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang itu telah beroperasi dengan melibatkan empat barisan pengeluaran yang menghasilkan pembentuk sarung tangan berganda.
Fasiliti berkenaan dijangka menghasilkan kapasiti pengeluaran minimum sebanyak 3.3 bilion sarung tangan dan 220 juta keping pelitup muka perubatan setahun.
Pengarah Urusan Iconic Worldwide, Datuk Tan Kean Tet berkata, menjelang suku pertama tahun depan, keseluruhan 12 barisan pengeluaran pembentuk sarung tangan berganda dan 20 barisan pengeluaran pelitup muka perubatan bakal beroperasi sepenuhnya.
![]()
“Kami menjangkakan, permintaan ke atas PPE kekal mampan meskipun pasca pandemik Covid-19 berikutan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: