PETALING JAYA – Maybank Islamic Berhad menyediakan platform tempahan pakej umrah yang lebih lancar dan mudah melalui laman perbankan dalam talian Maybank2u (M2U) kepada pelanggannya yang merancang untuk menunaikan umrah.
Berkuat kuasa hari ini, pelanggan kad kredit premium Maybank dan Maybank Islamic boleh menyesuaikan urusan perjalanan umrah dengan memilih tarikh perjalanan, penerbangan dan tempat penginapan mengikut pilihan mereka dan tidak terhad kepada pakej tetap agensi pelancongan.
Ketua Pengurusan Kekayaan Patuh Syariah & Pembangunan Perniagaan Maybank Islamic, Ahmad Shareza Abdul Rahman berkata, tawaran pakej premium yang unik ini diwujudkan melalui kerjasama Maybank Islamic dengan agensi pelancongan Rayhar Travels Sdn. Bhd. (Rayhar).
Rayhar adalah syarikat pengendali haji dan umrah dengan jumlah jemaah persendirian tertinggi serta terkenal di Malaysia.

“Mengambil kira gaya hidup normal dengan norma baharu akibat daripada penularan pandemik Covid-19, kami mengambil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: