Menerusi video yang dimuat naik oleh @qilaailyi, kelihatan lelaki tersebut sedang mandi di dalam sungai seorang diri sambil dirakam oleh keluarganya.
Namun, tiga ekor angsa yang berada di sungai itu tiba-tiba menyerangnya dan salah seekor daripadanya pantas mematuk lelaki itu.
Walaupun sudah cuba menghalau angsa tersebut, lelaki itu masih dipatuk olehnya. Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila lelaki berkenaan bertindak mencekik leher angsa itu dan cuba untuk melemaskannya.
Ternyata, caranya berjaya membuatkan geng angsa itu takut dan tidak mengganggunya lagi. Mereka terus beredar dari situ.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: