Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi menjadi pemain Malaysia yang pertama beraksi di Liga Super India (ISL) apabila membuat penampilan sulung bersama kelabnya, Odisha FC ketika menentang Bengaluru semalam.
Pemain yang berusia 29 tahun itu diturunkan pada minit ke 64 bagi menggantikan tempat penyerang import dari Brazil, Jonathas de Jesus.
Ketika itu, Odisha sedang mendahului 2-1 hasil jaringan daripada Javi Hernandez namun kemasukan Liridon banyak membantu jentera serangan sehingga pasukan itu berjaya menambah satu lagi gol pada minit akhir perlawanan menerusi Aridai Cabrera.
Morning Juggernauts! 😎💜#OdishaFC #AmaTeamAmaGame #ANewDawn pic.twitter.com/J0JDcdryH9
— Odisha FC (@OdishaFC) November 25, 2021
Liridon merekodkan kadar kejayaan hantaran tepat sebanyak 93%, melakukan 22 sentuhan, memenangi enam rampasan bola serta dua perebutan bola di udara. Debut yang baik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: