Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

300,000 veteran ATM bakal kuasai perniagaan digital

today1 December 2021

Background


KUALA LUMPUR- Lebih 300,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mendapat manfaat untuk meningkatkan status sosio ekonomi masing-masing melalui aplikasi dalam talian, MyVeteran Mall yang baru dilancarkan hari ini.

Aplikasi yang bertujuan mewujudkan lebih banyak kemudahan dan peluang keusahawanan secara digital kepada komuniti veteran itu adalah projek yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan kerjasama MIDC Technology Sdn. Bhd. kepada komuniti veteran ATM.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, MyVeteranMall berperanan untuk menubuhkan satu e-komuniti dalam kalangan veteran ATM, bagi memudahkan pembangunan perniagaan serta pelbagai aktiviti dalam talian.

Ikmal

 

“Platform digital membenarkan golongan veteran terus berhubung antara satu sama lain dan juga dengan komuniti luar bagi membolehkan mereka mampu membina perniagaan yang berdaya saing dan kekal berguna kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: NOR AZIAH MAT NOH


Previous post