Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Inovasi, kreativiti tingkat daya saing usahawan

today1 December 2021

Background


PETALING JAYA – Usahawan diminta sentiasa melatih diri dan berfikiran luar kotak agar perniagaan diusahakan berdaya maju serta berdaya saing dalam persekitaran dunia yang semakin mencabar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kreativiti dan inovasi dalam penghasilan produk serta per­khidmatan merupakan dua elemen penting untuk mengekalkan jenama dalam pasaran, selain meningkatkan hasil jualan dan kepercayaan pelanggan.

“F&B (makanan dan minuman) adalah antara industri yang sentiasa berinovasi bagi meme­nuhi kehendak semasa dan cita rasa pelanggan tempatan, contohnya, kuih tradisional Melayu iaitu ondeh-ondeh atau buah melaka telah dipelbagaikan menjadi bermacam pencuci mulut seperti aiskrim dan juga sebagai perisa dalam minuman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian prog­ram Ikon Inspirasi Impian anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), sempena ulang tahun yang ke-30 semalam.

Program yang diadakan secara maya itu menerapkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

MR D.I.Y. dinamakan Brand of the Year

PETALING JAYA – Peruncit kelengkapan rumah, MR D.I.Y. dianugerahkan Brand of the Year Regional Award pada maj­lis anugerah World Branding Awards 2021-2022 yang diadakan secara maya dari United Kingdom baru-baru ini. Anugerah berkenaan mengiktiraf jenama-jenama terbaik dunia atas hasil kerja dan pencapaian mereka berdasarkan penilaian jenama, penyelidikan pasaran serta undian awam secara dalam talian. Ini kali pertama MR D.I.Y. menerima anugerah tersebut pada peringkat serantau, selepas menerima National Award, yang […]

today1 December 2021