IPOH – Jemaah umrah yang melaksanakan ibadah tersebut melalui Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah negeri Perak (Puhaz) bakal menikmati pengurusan umrah yang selesa menerusi pakej yang disediakan.
Presiden Puhaz, Mohamad Ali Sabri berkata, perkhidmatan tersebut dapat diberikan menerusi kerjasama yang dimeterai dengan beberapa rakan strategik di Madinah dan Mekah baru-baru ini.
Menurut beliau, pihaknya telah berada di sana selama 12 hari untuk membuat tinjauan dan pemeriksaan bagi membolehkan syarikat menetapkan pakej-pakej umrah mengikut dua kategori mampu milik pada semua peringkat masyarakat.
“Kami telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak pengurusan di lapan buah hotel di Tanah Suci yang bertaraf lima dan tiga bintang.
“Kami menitikberatkan nilai wang para jemaah dengan memastikan penginapan yang selesa, makanan dan jarak berdekatan dengan masjid,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mohamad Ali memberitahu, melalui kerjasama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: