Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi melengkapkan musim gemilangnya apabila dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21) yang diadakan secara virtual sebentar tadi.
Paling menarik, pemain berusia 19 tahun itu melakar sejarah menjadi pemain paling muda merangkul anugerah utama itu selepas rakan sepasukannya Safawi Rasid melakukannya pada 2018 ketika usia 21 tahun.
Beliau menerima Anugerah MVP selepas diumumkan oleh Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan.
Arif yang menjadi antara watak penting JDT menjulang trofi kelapan Liga Super musim ini dan Piala Sumbangsih selain membantu kelab Harimau Selatan mara ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 sebelum tewas kepada Kuala Lumpur City FC 2-0 turut mengungguli Anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.
Arif pemain lincah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: