Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat farmaseutikal Pfizer berkata masyarakat global kemungkinan memerlukan dos keempat bagi melawan wabak COVID-19 yang kini sudah bermutasi menjadi varian Omicron. Menurut Albert Bourla, ancaman varian baharu ini membuktikan bahawa wabak ini akan terus bermutasi dan suntikan dos penggalak kedua boleh menjadi dinding yang menghalang orang daripada jatuh sakit, lapor CNBC.
Walaupun kajian awal menunjukkan varian baharu ini tidak mematikan seperti Delta, penyelidik yakin bahawa dua suntikan vaksin Pfizer tidak mencukupi untuk melawan Omicron. CEO Pfizer pula percaya kehadiran varian baharu ini membuktikan bahawa manusia perlu terus berwaspada. Tambahnya, data terkini akan menentukan adakah masyarakat global akan dilindungi dengan baik oleh dos ketiga dari varian Omicron, “Dan pilihan kedua, saya rasa kita memerlukan dos keempat.”
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: