Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada bulan Disember ini, ramai yang mengambil peluang keluar merentas negeri untuk bercuti serta menjelajah ke tempat orang bagi mencari makanan-makanan setempat yang menjadi bualan orang ramai di internet.
Namun, baru-baru ini wanita dan suaminya tidak dapat memenuhi hajat mereka untuk menikmati nasi kandar di Pulau Pinang apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.
Dalam rakaman dashcam yang dikongsikan oleh wanita itu, sebuah lori menukar lorong secara tiba-tiba sehingga menyebabkan suaminya wanita tersebut tidak sempat untuk mengelak, lalu merempuh penghadang jalan di lorong kiri jalan.
Bahagian hadapan kereta mereka hancur teruk dan lebih ‘menyakitkan hati’ lagi, di dalam video tersebut kelihatan kelibat lori tersebut ‘melarikan diri’ dengan meneruskan perjalanan.
Rata-rata orang ramai meluahkan kemarahan terhadap pemandu lori tersebut yang tidak bertanggungjawab…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: