Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Para saintis dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memberi amaran perubahan iklim mendorong lautan ke ambang kehancuran. Dengan situasi ini, saintis menganggarkan bahawa 99.9 peratus daripada semua kehidupan di bumi berpotensi musnah. Memetik laporan Futurism, kebimbangan para saintis bahawa nasib kehidupan di bumi akan menjadi seperti zaman dinosaur, di mana kepupusan hidupan di bumi sebelum ini disebabkan kesan asteroid gergasi. Bagaimanapun para pakar melihat kepupusan besar-besaran akan berlaku pada masa akan datang disebabkan oleh kesilapan manusia sendiri.
Menurut ahli geofizik MIT Daniel Rothman dan kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, aktiviti manusia berpotensi untuk mengganggu kitaran karbon global dan mencetuskan malapetaka ekologi selama 10,000 tahun. Beliau turut memberi ramalan, di mana akan berlaku kehancuran Bumi pada akhir abad ini. Kajian itu juga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: