Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

TOP anjur kempen bantu golongan ibu tunggal

today15 December 2021

Background


PETALING JAYA – Produk cucian berjenama TOP keluaran syarikat Southern Lion Sdn. Bhd. (Southern Lion) telah memulakan kempen kutipan amal untuk membantu ibu tunggal dalam berdepan dengan persekitaran ekonomi yang sukar kini.

Berdasarkan keprihatinan syarikat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON dan Shopee, kempen ini bakal membantu untuk memenuhi 333 keperluan persekolahan bagi tahun depan untuk kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal.

Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik ­Southern Lion, Ling Ai Li berkata, melalui Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP), syarikat akan mengenal pasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan.

“Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan tahun satu pada 2022.

“TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Glowpeach produk organik khusus untuk muka, badan

SHAH ALAM – Mengorak langkah dalam bidang perniagaan berasaskan kesihatan dan kecantikan bukan semudah di­sangka kerana usahawan terpaksa berdepan dengan persaingan yang sengit di pasaran semasa. Agak sukar juga jika mereka tidak memiliki pengalaman dan ilmu berniaga untuk berdepan dengan segala ke­renah dalam dunia perniagaan. Bagi bekas pramugari, Khaireen Kamarulzaman, 23, segala cabaran itu tidak mematahkan semangatnya untuk aktif berniaga dan mempromosikan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan baharunya iaitu Glowpeach. […]

today15 December 2021