Ia membabitkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.9 bilion yang akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB.
Jumlah berkenaan menjadikan angka pengagihan pendapatan terkumpul dan bonus ASB berjumlah RM168.5 bilion sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990.
Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata ASB berjaya mengekalkan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan yang mencatatkan kadar pulangan sebanyak 1.85 peratus.
“Prestasi menggalakkan ini didorong oleh strategi kepelbagaian berterusan dana yang telah menjana prestasi kukuh hasil daripada pelaburan ekuiti global dengan pasaran ekuiti domestik yang lebih lemah.
“Unit dalam Edaran ASB meningkat kepada 181.2 bilion tahun ini manakala bilangan pemegang unit bertambah sebanyak 200,000 menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 10.4 juta, mencerminkan kepercayaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: