Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pengendali dari Jepun, Tatsuma Yoshida telah mengambil keputusan untuk letak jawatan sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Singapura apabila gagal membawa pasukan itu mara ke final Piala Suzuki AFF 2020 selepas tewas kepada Indonesia beberapa hari lalu.
Perkembangan tersebut disahkan oleh Straits Times dan diumumkan sendiri oleh Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia, Edwin Tong dalam satu majlis penghargaan di Stadium Jalan Besar hari ini.
Walaupun mempunyai baki kontrak sehingga Disember 2022, Yoshida mengambil keputusan tersebut untuk bertanggungjawab di atas kegagalannya memenuhi harapan penyokong Singapura melihat pasukan mereka beraksi di pentas akhir di Stadium Nasional.
Dalam satu interview dengan Straits Times, beliau turut mengesahkan akan kembali ke negaranya kerana telah menerima tawaran daripada beberapa kelab Jepun termasuk kelab liga divisyen 2, Ventforet Kofu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: