Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Kelebihan Selesa Buat Thailand, Mudah ‘Ratah’ Indonesia

today29 December 2021

Background
Thailand




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Thailand jelas berada di kelas tersendiri apabila mempamerkan aksi kemas untuk mudah menundukkan Indonesia 4-0 pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi.

Ketua pasukan, Chanathip Songkrasin terus menjadi watak utama buat Thailand selepas pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan dua gol manakala Supachok Sarachat dan Bordin Phala masing-masing menambah satu gol untuk memberikan kelebihan selesa buat juara lima kali itu.

Lebih menarik untuk diperkatakan tentang keupayaan Thailand ialah langkah Alexandre Polking yang melakukan tujuh perubahan terhadap kesebelasan utamanya pada perlawanan ini.

Perkara itu bagaimanapun langsung tidak menjadi masalah buat skuad ‘Gajah Perang’ yang kelihatan cukup selesa mendominasi perlawanan sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan pengadil perlawanan dari Arab Saudi, Alhunfush…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Saiful mahu julang NSFC

Seremban: Selepas berjaya membantu Negeri Sembilan FC (NSFC) menjulang kejuaraan Liga Perdana musim ini, perancang bahagian tengah, Saiful Ridzuan Selamat, bertekad meneruskan kecemerlangan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

today29 December 2021