Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kerajaan menangguhkan sementara kebenaran perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah bermula 8 Januari ini susulan peningkatan kes Omicron dalam kalangan jemaah.
Menerusi rekod dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih seribu kes positif COVID-19 dikesan pengembara yang pulang dari Arab Saudi. Berikutan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tiada perjalanan mengerjakan umrah selepas 7 Januari sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi.
Menurut Khairy Jamaluddin, kuarantin wajib di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi jemaah umrah yang pulang ke Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: