Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Dugaan yang dihadapi sehingga membuatkan kontraknya di Inter Milan terpaksa dibatalkan tidak langsung membuatkan Christian Eriksen berputus asa untuk terus bergelar pemain bola sepak profesional.
Malah, pemain berusia 29 tahun itu bertekad mahu merebut tempat dalam skuad kebangsaan Denmark bagi menghadapi saingan Piala Dunia 2022 di Qatar pada hujung tahun ini.
Keyakinan itu disuarakan Eriksen selepas beliau merasakan dirinya masih berada di tahap terbaik untuk memberikan sumbangan berkesan walaupun Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) tidak membenarkannya beraksi di negara tersebut sehingga menyebabkan beliau terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat Inter Milan.
Seperti dilaporkan sebelum ini, FIGC hanya akan membenarkan Eriksen beraksi sekiranya beliau tidak lagi bergantung kepada penggunaan alat bantuan, Implantable Cardioverter Defibrillator…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: