Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam mengumumkan pelantikan Scott O’Donell dari Australia sebagai pengarah teknikalnya yang baharu. Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee yang telah meletak jawatan pada 10 September 2021.
Malah, O’Donell turut mencadangkan kepada pengurusan FAM untuk melantik jurulatih asing bagi mengemudi skuad Harimau Malaya selepas Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan, baru-baru ini.
Menurutnya, jurulatih asing mampu mengubah landskap bola sepak negara berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki oleh mereka sekaligus membantu meningkatkan prestasi skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.
“Saya melihat bahawa skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu, bukan hanya untuk jangka masa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: