Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketika sebahagian besar pasukan gigih memburu pemain berpengalaman atau nama yang besar di Liga Malaysia, PDRM FC memilih pendekatan berbeza dalam memperkuatkan cabaran Sang Saka Biru pada musim 2022 apabila mengambil majoriti pemain muda.
Ketua jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, menjelaskan beliau mengambil pendekatan sebegitu kerana lebih selesa bekerja dengan pemain-pemain muda.
Bukannya bermaksud tidak menyukai pemain-pemain senior, Wan Rohaimi menjelaskan sebahagian bakat-bakat muda ini masih ada ruang untuk dibentuk menjadi pemain yang lebih hebat pada masa depan.
“Seperti mana musim lalu, falsafah yang saya mahu terapkan akan terus kekal iaitu saya mahu melahirkan bintang dalam kalangan pemain muda.
“Hanya lima pemain sahaja pemain dalam pasukan ini yang boleh dikatakan berpengalaman dengan selebihnya saya ambil bakat-bakat muda yang ingin bermain bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: