PETALING JAYA – Proton mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bermula 1 Januari 2022.
Beliau sebelum ini menjawat Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk Proton dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Proton Edar Sdn. Bhd. sejak 1 Jun 2020.
Pemegang ijazah Sarjana Kewangan dan Perakaunan daripada Universiti Brighton, United Kingdom itu mempunyai pengalaman selama tiga dekad dalam bidang automotif termasuk di Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), Isuzu Hicom Malaysia dan Honda Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata, Roslan telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pengurusan Proton dan memberi panduan kepada pengurusan keseluruhan perniagaan, khususnya pengukuhan fungsi bahagian pemasaran dan jualan.
“Saya yakin kami mampu menjalinkan kerjasama erat untuk memacu syarikat ke arah kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Proton turut menzahirkan penghargaan kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: