Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kanada telah menamatkan kontrak dengan pembuat sarung tangan dari Malaysia, Supermax Corporation berikutan dakwaan mengenai buruh paksa, kata jabatan perkhidmatan awam dan perolehan negara itu seperti yang dilaporkan oleh CNA. Ini bukanlah kali pertama syarikat dari Malaysia yang menggunakan tenaga kerja luar untuk kerja-kerja pembuatan mendapat perhatian dunia mengenai penyalahgunaan pekerja asing.
Kanada telah menghentikan import sarung tangan Supermax pada November yang lalu selepas laporan audit menunjukkan bahawa terdapat amalan buruh paksa dari syarikat terbabit. Pada bulan yang sama juga, Supermax berkata bahawa ia akan mempercepatkan proses untuk memenuhi piawaian buruh yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
“Berdasarkan keseriusan dakwaan dan masa yang dijangkakan untuk keputusan audit akhir, kerajaan Kanada telah memutuskan, dan Supermax Healthcare Canada telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: