Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Dua Pemain Filipina Sah Sarung Jersi JDT

today20 January 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan dua pemain import baharu yang berdarah kacukan Filipina-Sepanyol iaitu Carli De Murga dan pemain naturalisasi Filipina, Bienvenido Maranon.

Kedua-dua pemain ini akan mengisi kuota pemain Asia Tenggara dalam skuad Harimau Selatan dan turut berpeluang beraksi dalam saingan AFC Champions League musim ini. De Murga akan memakai jersi bernombor 23 manakala Maranon nombor 27.

De Murga bukanlah nama asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana beliau telah beraksi bersama pasukan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia musim lepas.

Prestasi hebat pemain itu telah menarik minat JDT untuk mendapatkan khidmatnya bagi memperkuatkan benteng pertahanan. Berdasarkan rekod, De Murga telah beraksi dalam 17 perlawanan Liga Super dan menjaringkan 1 gol ketika menentang Selangor.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Nasional

Kertas siasatan lelaki penggal kepala ibu siap

KUALA SELANGOR: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki memenggal kepala ibu kandungnya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat sini pada 15 Februari lalu sudah lengkap dan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

today20 January 2022