PETALING JAYA – Caring Pharmacy menyambut ulang tahun ke 10,000 harinya dengan menyumbangkan sebanyak 10,000 kotak (500,000 unit) pelitup muka perubatan premium berjenama Neutrovis kepada 10 buah organisasi.
Pengarah Urusan Caring Pharmacy, Chong Yeow Siang berkata, menjadi satu kebanggaan buat syarikat kerana sempena sambutannya yang ke 27 tahun, syarikat dapat menyumbang kepada 10 buah persatuan sekali gus berbakti kepada masyarakat.
Antara penerima sumbangan tersebut adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Yayasan OrphanCare, Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia, Yayasan Food Bank Malaysia, Uncle Kentang, Kechara Soup Kitchen dan juga World Vision Malaysia.
Majlis penyerahan tersebut telah dihadiri oleh Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Majlis ini merupakan pencapaian bersejarah dan amat bermakna buat kami untuk membantu orang awam dalam urusan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
“Sebagai rangkaian farmasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: