Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pengurus Persija Jakarta, Bambang Pamungkas tanpa berselindung mengakui amat berat hati untuk melepaskan lima pemain kelab tersebut bagi menyertai kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun (B-23) Indonesia.
Latihan pusat yang bakal diadakan di Bali melibatkan 29 orang pemain itu merupakan persiapan terakhir skuad kendalian Shin Tae-yong sebelum mereka terbang ke Kemboja untuk menghadapi Kejuaraan AFF B-23 bermula 14 hingga 26 Februari nanti.
Berdasarkan pengumuman Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada 1 Februari lalu, lima orang pemain dari Persija Jakarta berada dalam senarai pemain terpilih sekali gus menjadikan kelab tersebut memiliki wakil paling ramai berbanding pemain daripada 14 kelab lain.
Lima pemain yang dimaksudkan ialah Cahya Supriadi (penjaga gol), Muhammad Ferarri (pertahanan), Syahrian Abimanyu (tengah) serta Irfan Jauhari (sayap) dan penyerang, Taufik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: