Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mampu memberi saingan sengit dalam Liga Malaysia musim ini.
Setelah dua tahun berturut-turut bergelar naib juara, Kedah kali ini menyasarkan untuk muncul sebagai Juara Liga Super 2022 dan tekad menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan juara Liga Super sebanyak 8 kali.
Malah, Sanusi menjelaskan sasaran itu tidak mustahil untuk dicapai jika pasukan tersebut mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
“Kita punya sasaran sudah tentu untuk menewaskan JDT dan menjuarai Liga Super musim ini. Cuma ada sedikit kesukaran kerana kekurangan dana yang dihadapi oleh pasukan.
“Kita punya adunan tu cukup hebat. Orang Kedah ini kalau kata pulun itu memang habislah, tak ada apa dah halangan di depan. Tinggal lagi masalah itu saja (masalah dana). Saya rasa JDT bukan lawan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: