PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan kolaborasi strategik bersama tiga pertubuhan profesional negara bagi menyediakan penyelesaian perbankan patuh syariah lengkap buat ahli pertubuhan berkenaan.
Pertubuhan terlibat adalah Pertubuhan Arkitek Malaysia, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia yang secara kumulatifnya menaungi 44,500 ahli berdaftar.
BIMB akan menawarkan penyelesaian kewangan merangkumi pembiayaan peribadi, produk deposit serta pengurusan kekayaan selain produk perbankan perusahaan kecil dan sederhana bagi mempermudahkan ahli-ahli pertubuhan terbabit membuka perniagaan persendirian yang berkaitan seperti firma perkhidmatan perakaunan dan perundingan atau syarikat berkaitan pembinaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya menyasarkan pertumbuhan jumlah pembiayaan peribadi sebanyak tujuh peratus dalam tempoh 12…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: