SEPANG – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Golf R MK 8 untuk pasaran domestik baru-baru ini, pada harga bermula RM356,412.85.
Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, kehadiran Golf R serba baharu itu dijangka bakal memberi impak signifikan pada pasaran automotif tempatan, memandangkan generasi kelapan R itu telah melangkaui had yang boleh diberikan oleh sebuah model Golf sebelum ini.
Katanya, pihaknya berbesar hati untuk memperkenalkan model luar biasa itu di sini dan yakin ia akan dapat melangkaui apa jua ekspektasi peminatnya.
“Jentera ini hadir dalam tiga warna iaitu warna signatur Lapiz Blue (biru), Deep Black (hitam) dan Pure White (putih).
“Golf R serba baharu adalah model import (CBU) dan ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun,” katanya dalam rakaman ucapannya di majlis pelancaran Volkswagen Golf generasi kelapan di Litar Antarabangsa Sepang.
Turut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: