PETALING JAYA – Syarikat penerbangan tambang rendah jarak sederhana, AirAsia X (AAX) mengumumkan terbitan hak satu untuk satu dan terbitan khas untuk mengumpul sejumlah RM166 juta.
Sebelum ini, AAX telah mendapat kelulusan pemegang saham untuk terbitan hak lebih besar bagi mengumpul sehingga RM300 juta dan terbitan khas RM200 juta sebagai sebahagian daripada skim penstrukturan semulanya.
Menjelaskan pengurangan dana yang akan dikumpul, Ketua Pegawai Kewangan AAX, Andrew Littledale berkata, pada awal tahun 2021 pihaknya mempunyai dana tunai sebanyak RM95 juta, manakala purata wang tunai yang digunakan dalam 14 bulan terakhir adalah kira-kira RM3 juta sebulan.
“Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam beberapa tahun akan datang walaupun tanpa pembukaan semula sempadan antarabangsa, yang mana tidak mungkin akan berlaku.
“Pengumpulan dana yang lebih besar kini bukan sahaja tidak diperlukan, malah tidak sesuai terutamanya buat pemegang saham runcit sedia ada yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: